Aku pernah bekerja selepas aku habis menduduki peperiksaan SPM. Waktu itu aku masih bersikap keanak- anakan . Tidak pikir apa. Hanya keseronokan dan memenuhi kemahuan aku untuk membeli barang yang diidamkan serta telefon yang baru. Duit gaji yang aku dapat dihabiskan begitu sahaja. Tiada perancangan yang rapi tentang masa depan. Tiada simpanan untuk hari susah mahupun untuk keperluan belajar. Jikalau ada, hanya sedikit, itupun selepas dinasihati oleh insan yang melahirkan aku. Mengingatkan aku betapa pentingnya nilai wang itu .
Semalam, aku bekerja. Untuk pertama kalinya aku berasa sangat takut dan gementar. Entah kenapa, tidak seperti waktu lain. Aku seperti tidak punya keyakinan diri. Tapi, ku gagahi juga. Bukan untuk mencari keseronokan tetapi aku sudah mengerti, apa itu "tanggungjawab". Aku mahu mencari duit sendiri hasil titik peluhku sendiri. Baru aku tidak membazir, kerana aku tahu payahnya hendak diperolehi.
Semasa suasana agak lenggang, dan aku bisa merehatkan diri. Aku teringat akan ayah aku yang bekerja dibawah terik matahari. Umur ayahku hampir menjangkau setengah abad. Masih kuat bekerja untuk mencari rezeki. " penatnya ya allah " ngomelku sendiri. Padahal tugas aku sangat mudah. Hanya memerlukan daya *kosentrasi* dan tenaga. Tidak perlu berada dibawah mentari.
Terlintas akan nikmat yang dimiliki. Aku punya keluarga. Ayah yang menyayangi dan mak yang memahami. Aku punya rumah, dan kemudahan yang mungkin orang lain tidak memiliki. Masih aku alpa akan nikmat yang Esa.. Sikap aku yang selama ini sambil lewa dan hanya memikirkan keseronokan sedikit sebanyak berubah sejak aku berumur 20 tahun. Mungkin aku belajar sedikit apa itu erti "hidup". Mempunyai mereka, yang dapat memfaalkan setiap kemahuan yang belum disampaikan oleh aku. Sentiasa memenuhi kehendak dan keinginan aneh aku, serta naluri seorang ibu yang cakna akan anaknya kadang buat aku terleka. Aku tidak perlu risau kerana setiap pulang, mereka pasti ada. Mereka akan menyambutku dengan penuh kegirangan walaupun aku balik dengan tangan kosong. Pikir ku mungkin mereka bahagia melihatku selamat sampai setelah memandu kereta dengan agak jauh..
Tidak pernah sekali dalam hidup aku, aku pulang ke sekolah mahupun cuti semester tanpa ada makanan yang disediakan oleh mak aku. Tidak pernah sekali. Selalu saja ada makanan dan lauk pauk yang aku gemari. Kadang jika ku pulang ke rumah tanpa memberitahu mak dan ayah aku, pasti mak aku akan berkata " kakak, mak minta maaf, mak tak tahu akak nak balik. Mak masak biasa- biasa sahaja. Kalau akak nak telur mak boleh gorengkan ke akak nak apa apa yang lain. Mak masakkan." Selalunya aku akan menolak sahaja pelawaan dari mak aku. Kerana aku tahu, beliau sudah penat menguruskan hal rumah tangga dan adik-adikku yang masih bersekolah. Lagipun aku sudah 20 tahun, takkan laa benda mudah macam tu tak reti buat sendiri. Teruk sangat jadi perempuan tu. Haha.
Baru kini aku tahu, nilai kasih sayang yang aku terima sangat melebihi segalanya. Kasih yang diberi,kadang menjadi maujur buatku menempuh jihad menuntut ilmu. Kepayahan yang aku tempuh, tidak setanding dengan pengorbanan yang telah dilakukan. Semoga setiap susah payah,setiap kebaikan dan setiap pengorbanan yang dilakukan oleh mak dan ayah aku, dibalas oleh Allah.
Aaminn, In Sya Allah.

Comments
Post a Comment