Andai bicara sudah tiada didengari,
Percayalaa aksara cintaku masih berbunyi,
Tika suara rapat terkunci, percayala diri sudah tidak mampu menutur kata lagi ..
Andai maujur ku tidak dihargai,
Bilangla, agar aku tidak menagih simpati,
Kerna hatiku rapuh, walau sifatku berani...
Aku disini bukan untuk menyakiti,
Tapi berdiri seiring si pencuri hati,
Berdua teguh melayari dunia fana,
Sebelum kembali ke akhirah sebenar...
Jika kasih mu dihati yang lain,
Aku doa terbaik, kerna ikhlasnya kasihku,
Tulus dari atma, ingin melihat kamu bahagia...
Andai aku hanya persinggahan ke destinasimu,
Ambillah masa, aku disini sedia membantu,
Tapi kira aku tiada lagi,
sedarla bahawa aku juga sedang mencari bahagiaku sendiri...
Aku hanya manusia,
Tidak punya kuasa,
Untuk menfaalkan setiap detak hatimu berbisik,
Malah aku bukanlah pujangga, yang meniti bait indah sentiasa...
Aku hanyalah seorang hamba,
Yang bukan sepanjang masa mampu teguh berdiri...
Aku juga punya waktu, tidak percaya dengan kekuatan diri sendiri...
Jikalau mahu pergi,
Teruskanlah berlalu, tidak usah toleh kembali,
Kerna aku juga, mahu membawa diri,
Membuka langkah baru sembuhkan luka hati.
Andai satu hari engkau kembali,
Menanyakan tentang kisah lama,
Ingatlah bukan aku yang tidak pertahan,
Kamu yang tidak mahu perjuangkan.
Dan kerna itu, hilanglah sudah kirana ke jumantara sana.
Selamat tinggal, renjana.
P/s : I guess my frontal lobe functions really well today. This is my first time kot making poem in malay.
Comments
Post a Comment