- Asing

Dan pada akhirnya, kita kembali asing.

Asing seperti pertama kali kita berjumpa, 
Asing dari saling bertukar cerita, 
Asing dari menguatkan antara satu sama lain, 
Asing dan seperti tidak ada apa - apa. 

Kamu dengan hidup dan duniamu, 
Aku dengan kesibukan dan pelbagai ragam manusia. 

Mungkin kita pernah saling rindu, 
Pada sekian waktu, 
Tapi itu hanya rindu, dan sesudah itu  berlalu. 

Hari demi hari, tahun berganti tahun. 
Kita saling melupakan, yang kita pernah saling memerlukan.. 
Saling bercerita tentang hasrat dan impian, 
Saling mencari diwaktu memerlukan.. 


Kenangan, itu masih terpahat walau aku cuba melupakan. 
Cuma sekarang, aku tukar kepada penerimaan.

Penerimaan yang kita tidak ditakdirkan bersama seperti yang kita pernah harapkan. 

Aku lihat semesta juga main peranan,
Andai nama mu kedengaran, aku tidak bergetar, 
Dan andai kita saling berselisahan, sama aja, 
Kita asing dan saling  tidak mengenali. 

Apa - apa pun, terima kasih pernah hadir  dalam salah satu watak dalam perjalanan hidupku.

Semoga kamu bahagia, dan terus berjaya. 

Sekurangnya kita dibawah langit yang sama.

Comments