Untuk Kamu

Untuk hati yang terluka, semoga beroleh ketenangan. 
Kadang, ucapan maaf tidak sering diungkapkan.

Untuk jiwa yang kesunyian, semoga sentiasa 
dikuatkan, itu normal, hati manusia mana yang tidak rapuh dengan ujian.

Untuk jujuran air mata yang disembunyikan, semoga tabah disana, aku dan kesayangan kamu disini mendoakan. 

Untuk kerisauan yang tidak berpenghujung, aku juga, mereka yang kamu lihat biasa pun sama, friendly reminder, kamu tidak seorang melawan gelora. 

Untuk kasih yang tidak dibalas, barangkali ada hal yang perlu diperiksa, aku juga pernah disitu. Gelap tidak berlampu, hilang arah tuju. 

Sakit? Ya. Tapi dalam hidup itu adalah proses membesar dan belaja. 

Atau hadiah kasih untuk kamu terbungkus cantik, terus berdoa dan ucap yang baik- baik sahaja ya :,)

Untuk rindu tak terungkap, Dia diatas tahu, Al-fatihah sebagai  angin rindu. 

Untuk masa silam yang pedih, ambil waktu kamu, berdamai walau ia pernah melumpuhkan keseluruhan kamu dulu. 

Untuk aksara tidak terucap, ceritala semua dalam sujud, kerna yang sepatut menyampaikan setia menanti kamu. 

Untuk yang sedang berjuang, fi hifzillah, kamu idola sekeliling dan keluarga. 

Untuk terakhir, lelah itu tidak lemah, kamu hanya perlu masa. Rehat, bangkit semula ya.

Comments